Saturday, December 6, 2008

” PENYESALAN dan BOSAN ”

29 oktober 2008

Sekarang ni saya rasa menyesal sangat. Semua ini timbul bila saya dah balik ke kampung halaman di KK. Kenapa dan mengapa saya rasa semua ni, apa yang saya pasti ialah kehidupan saya tidak lagi enjoy macam sebelum ni. Mungkin atas kebiasaan saya untuk menjadi orang yang perfect dari pandangan manusia. Tetapi sebenarnya saya belum cukup lagi menjadi perfect terutama iman saya. Memang saya tahu tiada orang yang akan sempurna di dunia ni. Tapi walaubagaimanapun,, saya harus mengawal semuanya. Perasaan takut bila berhadapan dengan orang ramai dan perasaan takut bila muncul di hadapan orang ramai. Entah kenapa kehidupan saya sekarang ni macam ni. Adakah segala publisiti dan segala angan2 saya selama nie yang telah menjadi kenyataan sedikit sebanyak mempengaruhi semua ni atas dasar teruja. Disebabkan perasaan ini lah yang telah merubah diri saya. Sebab saya mengaku selama saya terlibat dalam modeling saya terdedah kepada kebaikan dan publisti mahupun glamour yang selama nie saya cari. Tapi sekarang semua nie makan diri saya sendiri. Saya tahu kenapa semua nie terjadi,sebab Tuhan mahu saya rasa apa keinginan saya selama nie salah dan tidak berguna. Bukan tidak boleh, tetapi kehidupan saya ditakdirkan menjadi anak yang membantu keluarga. That why lah semua beban yang keluarga saya alami selama nie semuanya saya yang berniat mahu tanggung. Semakin tinggi kita belajar semakin besar beban kita atas dasar harapan keluarga yang tinggi. Saya takut berhadapan dengan orang ramai sebab saya takut bila saya ni tidak ada perubahan seperti mana perubahan yang saya dapat di KL seperti kelas2 groming. Saya mmg mengaku bila saya balik di KK ni semua tu hilang. Malah diri saya sendiri tidak terurus dengan baik. Dan disebabkan itu lah jugak bila saya tidak terurus, saya takut keluar sebab saya tahu bila saya keluar saya tidak menjadi seperti apa yang mereka sangkakan pada diri saya. Bagaimana???? Bagaimana saya boleh mengubah diri saya menjadi yang BIASA, LOW PROFILE dan KOSONG macam sebelum saya masuk modeling ni. Tapi syukur sangat sebab masih belum terlambat untuk saya ubah semua ni dalam usia 20 tahun. Masih banyak peluang tuk saya. Kalau masa nie boleh undur ke belakang. Saya tidak mahu mnjadi seperti sekarang. Dalam masalah saya ni, banyak saya faham kenapa mereka yang ternama dan dkenali sangat tension. Rupa2 kebebasan tu hilang serta merta dan kita akan menjadi takut bila tidak perfect di mata orag ramai. Sebab bila kita terdedah dengan semua nie, setiap orang yang pandang kita inginkan perubahan di dalam diri.

Lepas nie saya tidak mahu lagi dedahkan semua aktiviti dan apa yang saya ikut. Biar saya jak yang tahu segalanya. Dan biarlah lepas ni kalau saya mahu berubah pun, saya kena ubah sifat2 dalam diri menjadi yang baik, penampilan sekadar dan mahu menjadi jovial 2 tahun yang lalu.saya tidak mahu lagi gunakan orang dan susahkan orang untuk kesenangan saya. Walaupun apapun yang diorang nampak sebelum ni, saya tidak kisah semua tu. Asalkan saya mnejadi yang normal tanpa apa2. saya perlu selalu berDOA pada Tuhan untuk mencari ketenangan dalam diri. Sebab bagi saya, saya tidak seharusnya menangung beban yang sangat susah bagi saya dalam usia macam nie.. saya tidak sanggup..betul tidak sanggup...!!!! tapi disamping kesalahan yang saya buat dan lakukan dapat mengajar saya untuk improve diri lebih baik dalam rohani dan jasmani

No comments:

My Exclusive Diari