Saturday, December 6, 2008

10 november 2008

“ MENINGGALKAN ORANG YANG TERSAYANG”

Tidak boleh dinafikan lagi yang saya sangat sayangkan seseorang ini. Dengan bersaksikan kenangan yang terindah yang pernah saya alami bersama dengan dia selama setahun perkenalan ini. Tapi walaupun perkenalan ini baru ja genap setahun tapi macam2 masalah udah terjadi. Masing2 dah faham memahami tentang kelemahan dan kelebihan diri. Tapi disebabkan saya sayangkan dia lah saya mahu menjauhkan diri dengan dia supaya hubungan ini tidak akan putus. Kalau kawan pun its ok lah asalkan jangan lost lagi. Memang sakit jugak bila kita membuat keputusan untuk meninggalkan orang yang begitu baik dan orang yang kita sayang. Saya tidak boleh menipu diri saya lagi, saya tidak mampu lupakan dia dan tidak mampu hapuskan nama dia dari ingatan dan diri. Macam2 udah saya lakukan sampaikan saya buang semua yang ada kaitan dengan dia di tempat saya nie, tapi disebabkan kenangan tu lah saya tidak mampu. Bagaimana saya mahu melakukan semua nei dengan success???? Ini kali ketiga saya berusaha lupakan dia, saat saya ingin melakukan semua nie,, setiap kali msg dia sampai tempat saya, jari saya,,hati saya ni kalah kononnya tidak mahu membalas msg dia. Sampaikan sudah 2 kali saya menukar nom tel saya ne untuk elakkan dari dia. Semua tu sia2 jak. Urm apa boleh saya lakukan???? Tell me..!!!

Sekarang dah beberapa kali saya kalah, adakah saya perlu meneruskan hubungan kami ni seperti biasa. Sebab selama nie saya mencari hubungan yang matang dan bukannya seperti kebudak2kan. Dan dia lah pasangan itu yang begitu matang dalam segala hal. Huh susah bagi saya tangung semua nie. Saya sayang dia dan dalam masa yang sama saya ni kadang2 tidak boleh terima kalau dapat tahu dia kuar dengan siapa dan di mana dia pegi.bukanlah 24 jam saya marah dia kuar dengan orang. Saya tidak kisah semua tu tapi kalau dah sampaikan berubah macam mana jugak. Sekarang masih lagi tertanya2 adakah saya perlu melupakan dia terus??? Atau still berkawan tapi tidak selalu berhubung?? Ala macam kawan2 saya yang lain lah.....!!! kawan pun tidaklah sampai mahu berhubung hari2..

Ok lah, saya akan buat keputusan dalam beberapa hari nie. Kalau dah dapat keputusan saya akan poskan lagi kio.....night!!!!!

No comments:

My Exclusive Diari