Saturday, December 6, 2008

“ ANTARA KASIHAN, SIMPATI DAN KERJAYA ”

1 oktober 2008


Sekarang sy berada di sabah.
Bila dah sampai nie rasa juga lah tenang. Semoga kepulangan saya kesini akan membantu my family untuk hidup dengan senang. Terutama my mother tersayang.
Dalam kegembiraan itu, ada juga kesedihan. Semua nie datang pada diri saya apabila adik saya menceritakan segala-galanya tentang susah payah keluarga dan semua sanak saudara saya..
Memang saya ni seorang yang cepat kasihan dan simpati sekiranya dngar tentang masalah orang terutamanya keluarga saya sendiri. Apa yang saya tahu sekarang setiap bulan gathering keluarga kami (keluarga kam) akan dijalankan. Memang baik lah semua ni dilakukan untuk mengeratkan keluarga kami semua. Tapi semua nie tak akan bermakna kalau didalam pertemuan ne, ada jugak perselisihan faham dan menyalahkan antara satu sama lain. Sama jugak lah buat gathering atau tak buat langsung kalau still sama ja. Malam nie saya sedih lagi..banyak cerita yang saya dengar menguris hati saya sendiri. Anggap lah saya ne tidak tau apa2. tapi plis lah kita nie manusia. Semua akan buat masalah dan dosa serta kesalahan. So,kalau semua pihak mahu menang dan takda yang nak menyerah kalah. Sampai akhir hayat pun takkan selesai semua nie. Tapi ingat lah sebaik2 mana pun..adalah keluarga kita sendiri.
Saya mempunyai uncle yang selama nie memang hidup senang. Tapi sekarang saya dengar dialah yang paling susah dah dalam keluarga nie. Sehingga terpaksa mencari tin2 bersama anak dia yang masih kecil lagi. Anak buah saya. Saya tak nak ada kelaurga saya jadi macam nie. Iya lah saya tau semua ada buat slaah. Tapi mengalah jer lah. Tak nak megungkit semua hal2 lama. Uncle saya tu tinggal jauh dan disebabkan tulah susah nak datang. Mungkin kah saya telah ditakdirkan untuk balik ke sabah nei untuk mendengar semua masalah nie. Dan kalau itulah yang Tuhan kehendaki, saya akan terima semua nya. Dan saya akan bersedia untuk mengubah semua nie. Tuhan bagi lah saya kekuatan untuk semua nie. Walaupun saya masih muda, dan saya akan memberikan nasihat pada semua anak2 buah saya supaya mementingkan pelajaran kalau nak ubah kehidupan keluarga. Dan ini bukan lah masa kita untyk bercinta. Tidak salah bercinta tapi pelajaran itu haruslah diutamakan dari segalanya. Tanpa ilmu kita tidak akan kemana2 lebih2 lagi dizaman yang moden ini yang penuh dengan saingan. Sedangkan orang yang tinggi pelajaran pun susah nak dapatkan kerja sekarang nie. So saya akan memberikan nasihat terus untuk anak2 buah saya yang masih bersekolah. Erm saya bersyukur dalam keluarga saya semua nie, hanya saya yang pentingkan ilmu dan pelajaran.
Disamping tu juga saya diberikan kekuatan melalaui kawan baik saya Helmi, entahlah kenapa bila ingatkan kawan saya tu,semangat saya akan terus naik. Entahlah....
Satu lagi selama saya di sabah nie saya akan membuat apa je untuk keluarga saya. Biarlah saya yang bersusah payah untuk sekarang nie. Erm disini mungkin perancangan saya, sayakan meneruskan kerja saya dalam modeling untuk mencari lebih pendapatan.hahaha.... walaupun sini tidak sama dengan modeling di KL yang penuh dengan tawraan dan pengalaman, disini pula saya akan mencari pengalaman lebih sebab tau2 lah kan lebih senang kalau bekerja dengan orang sendiri.
Tiada siapa yang boleh menghalang saya untuk bekerja dalam bidang ni lagi.
Tapi yang penting, bila saya ingat kawan saya Helmi, semangat saya akan datang balik. Tapi bagus juga lah kalau macam tu, walau dia jauh pun, yang penting saya bersama semangat dia untuk pimpin jalan dan hidup saya sini.
03.30pm
Sekarang ni sekali lagi saya dengar banyak cerita dari anti saya lagi. Entahlah mana yang betul. Susah mo dipercayai semua. Huh. Perancangan untuk keluarga sebelah bapa saya banyak sangat. Tapi still tak tau semua tu akan terjadi ke tak. Tapi tak pe yang penting saya akan buat sesuatu perancangan juga dan perancangan ini tidak melibatkan keluarga sebelah bapa saya, tetapi perancangan ini saya akan buat untuk mama dan adik saya jer. Untuk keselesaan mereka. Saya akan tunaikan semua janji saya pada diri saya sendiri untuk mereka. Wlaaupun mereka tak tau, biarlah semua ni hanya saya jer yang tau sehingga semua nie akan terjadi. Sebelum saya melangkah terus kehadapan, saya akan pastikan semua nie berlaku. Mungkin semua plan saya nie untuk sekarang jer. Tau2 lah kan saya nie masih mau belajar lagi. So sementara nak apply belajar tu, lebih baik kerja. I promise I will do everything starting from now juz only for my family especially mom and my little bro. kesian tengok adik saya tu. Saya faham apa kehendak dia sebagai seorang remaja yang memerlukan sesuatu untuk keperluan diri sendiri. Macam saya jugak lah yang mementingkan kesempurnaan dari segi diri dan pemakaian serta ilmu dalam diri saya. Malam ni saya akan buat interior design untuk rumah saya ni. Untuk ubahsuai..dan saya akan guna duit modeling saya untuk semua ni.

No comments:

My Exclusive Diari